KERUTUP DAGING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging

4 sudu besar rempah kerutup

2 sudu besar  cili kisar

1/2 labu  bawang besar

3 cawan santan pekat

2 sudu besar kicap pekat

1/2 keping gula melaka/manisan

2 sudu besar kerisik

 

BAHAN TUMIS:

½ labu bawang besar

1/2 cm halia

2 ulas bawang putih

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 sudu besar minyak

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Potong daging mengikut saiz yang di kehendaki. Bersih dan tos kan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutup.
  3. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  6. Akhir sekali, masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5 hingga 10 minit sebelum padamkan api. Siap untuk dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan