BAHAN-BAHAN:

500 gm ikan merah

1 tangkai daun kesum

2 keping asam gelugur

3 biji  tomato

6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

10 gm  cili kisar

2 cm  lengkuas

2 cm kunyit hidup

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ikan dibersihkan dan tos kan.
  2. Bawang merah, bawang putih, lengkuas dan  kunyit hidup dikisar halus.
  3. Didihkan air dan masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi bersama asam keping dan cili kisar.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, garam dan daun kesum. Akhir sekali masukkan buah tomato sebagai hiasan dan bolehlah dihidangkan.