KERUTUK ITIK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 ekor itik

½ kg santan

15 ulas bawang merah – mayang

5 ulas bawang putih – mayang

2 cm  halia – mayang

3 batang serai

3 sudu besar kerisik

Cili hijau dan merah secukup nya

3 cm lengkuas – ketuk

300 gm rempah kerutuk

Rempah ratus campuran (kulit kayu manis, jintan, buah pelaga)

Garam, gula dan gula Melaka secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumis rempah ratus campuran bersama-sama dengan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Setelah garing, masukkan rempah kerutuk.
  3. Kemudian, masukkan itik dan masak sehingga itik lembut.
  4. Setelah itu, masukkan santan, serai, lengkuas dan kerisik.
  5. Apabila kuah sudah agak pekat, masukkan cili hijau dan merah.
  6. Biarkan mendidih dan perasa kan dengan gula Melaka, garam dan gula.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan