KERABU PANCAWARNA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan :

300 gm sotong – rebus

1 sudu besar kerisik

2 biji limau nipis – ambil jusnya

2 sudu besar sos ikan

1 sudu besar udang kering – sangai

Sedikit gula

Sedikit garam

Sedikit kacang tanah – tumbuk

 

BAHAN HIRIS:

2 tangkai kacang botol

6 tangkai pegaga

3 tangkai cili padi

1 tangkai cili merah

4 ulas bawang merah

1 batang serai

1 kuntum bunga kantan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan sotong yang telah direbus di dalam mangkuk besar,
  2. Kemudian masukkan ke semua bahan hiris.
  3. Masukkan pula sos ikan, gula dan garam secukup rasa, lalu digaul sebati.
  4. Selepas itu, masukkan perahan limau nipis dan kerisik. Gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali, taburkan kacang tanah dan udang kering. Angkat dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan