BAHAN-BAHAN
1 keping isi ikan dori
Sedikit kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN KUAH
2 cawan santan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia
5 ulas bawang merah – tumbuk halus
1 batang serai – titik
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Ikan yang telah siap dibersihkan diperap bersama garam dan serbuk kunyit, dan panggang.
- Untuk kuahnya pula, satukan kesemua bahan dan masak biar sebati. Bila dah siap bolehlah dituang di atas ikan panggang tadi.