KENTANG GULUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN  INTI:

1 labu bawang besar – cincang

3 ulas bawang putih – cincang

6 biji kentang – potong dadu

Isi ayam secukupnya

3 sudu besar serbuk kari daging

1 kiub ayam

Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Minyak

 

BAHAN ROTI:

Roti

Telur-pukul

Minyak

3 sudu besar tepung gandum

Sedikit air

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rebus kentang hingga tiga perempat masak. Toskan.
  2. Tumis bahan cincang sehingga wangi.
  3. Masuk isi ayam dan kacau.
  4. Masuk kentang , serbuk kari daging dan air, kacau hingga pecah minyak.
  5. Setelah kering, tutup api dan ketepikan.
  6. Untuk menyediakan roti, ambil sekeping roti dan lenyek sehingga nipis.
  7. Letakkan inti dan lapiskan dengan sekeping lagi roti.
  8. Tutupkan roti dengan sedikit bancuhan tepung gandum. Potong dua.
  9. Kemudian celup ke dalam telur pukul dan goreng di dalam minyak panas.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan