KENALI KETUHAR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Nak membuat kek, kita bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran dan ‘khatam’ asas-asas membuat kek, tetapi juga perlu mengambil tahu perihal lain yang bersangkutan dengannya. Termasuklah berkaitan peralatan yang digunakan. Contohnya, ketuhar! Mungkin ada yang tidak tahu bahawa perbezaan jenis-jenis ketuhar ini memainkan peranan penting                                                                                        untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Justeru, kali ini Saji berkongsi sedikit tips supaya anda lebih mengenali jenis ketuhar dan memahami fungsi-fungsinya yang bersesuaian.
Ketuhar Microwave

SMK9175ST open door with food A

Ketuhar jenis ini mempunyai dwi-fungsi sama ada digunakan sebagaimana fungsi ‘microwave’ atau pun boleh juga digunakan untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ya, kek cawan! Ketuhar jenis ini kurang sesuai jika digunakan untuk membakar kek bersaiz besar kerana adakalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul. Kek-kek yang dibakar juga selalunya kelihatan agak pucat dan padat. Kebiasaannya, ketuhar ini lebih banyak dimanfaatkan untuk fungsi ‘microwave’nya sahaja. Justeru, bagi yang gemar membakar roti, pastri dan kek-kek besar yang bukan kek cawan, ketuhar microwave ini mungkin kurang sesuai untuk anda.
Ketuhar dengan kipas

Ianya merujuk kepada ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam pada dindingnya. Kipas tersebut berfungsi memutar haba panas dengan sekata. Dengan fungsi ini, ia  berupaya membakar biskut dan pastri dengan sempurna walaupun kita membakar dua atau tiga tingkat sekaligus. Namun, jika digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengurangkan kelembapan kek dan menjadikan kek anda sedikit kering. Oleh sebab itu, jika mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan fungsi kipasnya ketika membakar kek, itu lebih baik. Tetapi jika tiada pilihan fungsi tersebut,  anda boleh cuba mengurangkan sedikit masa umtuk membakar kek. Contohnya, jika masa membakarnya adalah  45 minit jika menggunakan ketuhar biasa (ketuhar konvensional) kurangkan masanya lebih kurang 5 minit lebih awal apabila menggunakan ketuhar dengan kipas ini supaya kek anda tidak menjadi kering.

Ketuhar konvensional siap pasang

28997

Ketuhar jenis ini sesuai untuk semua jenis pembakaran sama ada untuk membakar kek mahupun roti atau pastri. Namun ianya bergantung juga kepada jenama yang anda beli. Ada sesetengah ketuhar jenis ini, kepanasannya tidak begitu rata. Justeru, jika anda membakar secara 2 tingkat sekaligus, anda haruslah rajin memusingkan loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang sekata. Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita membakar satu tingkat sahaja.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan