KEK MENTEGA OREN BERKEJU – STEP BY STEP

BAHAN-BAHAN:
200 gm mentega
50 gm krim keju
100 gm gula
9 biji telur kuning
60 ml jus oren segar
1 sudu kecil parutan kulit oren segar
250 gm tepung kek- ayak bersama serbuk penaik
5 gm serbuk penaik
100 gm kulit oren- cincang kecil
6 biji telur putih
1 gm krim tar-tar
140 gm gula
80 gm keju cheddar parut – Untuk tabur
CARA MENYEDIAKAN:

Pukul mentega, krim keju dan gula hingga kembang.
Masukkan telur kuning satu per satu sambil dipukul.
Masukkan jus oren dan kulit oren – kacau sebati.
Masukkan campuran tepung, gaul sebati.
Putar telur putih bersama krim tar-tar hingga berbuih. Masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
Kaup-balikkan campuran telur putih ke dalam adunan kek tadi – kacau sebati.
Tuangkan ke dalam acuan 8″ yang telah dialas kertas.
Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit