BAHAN-BAHAN:

100 gm tepung naik sendiri

60 gm tepung jagung

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil ovalette

100 gm gula kastor

4 biji telur

2 biji kuning telur

50 ml air sejuk

75 gm mentega cair

 

BAHAN KRIM:

250 gm krim keju

120 gm susu pekat

¼ cawan susu cair

Sedikit keju cheddar parut

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pukul semua bahan hingga kembang kecuali mentega.
  2. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau rata.
  3. Tuang dalam loyang dan bakar hingga masak pada suhu 170°C selama 40 minit.
  4. Apabila kek sudah sejuk, potong persegi dan masukkan dalam mangkuk.
  5. UNTUK MEMBUAT KRIM: Putar semua bahan krim hingga sebati.
  6. Kemudian sapu krim di atas kek. Taburkan parutan keju di atasnya. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.