BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
½ cawan susu pekat manis
½ cawan gula halus
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna merah, kuning dan hijau
Inti kacang merah secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul telur, gula dan ovalette selama 10 minit. Masukkan susu dan pukul lagi hingga pekat.
- Masukkan minyak jagung dan pukul seketika.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian iaitu warna merah, kuning dan hijau.
- Sudukan adunan di dalam mangkuk cawan berselang-seli warna. Letakkan inti kacang merah dan sudukan lagi adunan hingga menutupi inti kacang tadi.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 160˚C selama 25 minit hingga masak.