KEK HOKAIDO – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:
10 biji telur kuning
70 gm gula
1 sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil garam
80 ml susu
80 gm minyak jagung
140 gm tepung kek
3 gm serbuk penaik
(ayak tepung bersama serbuk penaik)
8 biji telur putih
50 gm gula
½ sudu kecil camca krim tartar
(putar putih telur bersama krim tartar hingga berbuih, masukkan gula dan putar hingga kembang)

Bahan inti :
100 ml susu
50 ml jus oren segar
70 gm serbuk kastard segera
120 gm krim bukan tenusu- Putar hingga kembang

CARA MENYEDIAKAN:

Putar telur kuning, gula, esen vanila dan garam hingga kembang. Masukkan susu dan minyak – putar lagi hingga sebati.
Sementara itu, putar putih telur bersama krim tartar hingga berbuih, masukkan gula dan putar hingga kembang.
Masukkan campuran tepung – gaul perlahan.
Masukkan adunan ke dalam campuran putih telur – kaup balikkan perlahan.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 24 minit.
Sementara itu, buat untuk intinya. Campurkan susu, jus oren dan serbuk kastard segera – putar hingga sebati dan kental.
Masukkan krim putar – kacau perlahan-lahan.
Paipkan krim kastard tadi ke dalam kek yang telah sejuk.
Hiaskan dan hidangkan sejuk.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan