KAMBING KUZI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 kg daging kambing bertulang

100 gm rempah kuzi

3 sudu besar puri tomato

3 sudu besar sos tomato

100 gm cili kisar

1 cawan susu cair

7 ulas bawang merah-kisar

3 ulas bawang putih-kisar

2 cm halia-kisar

5 biji buah pelaga

2 batang kayu manis

Daun pudina/daun ketumbar

1 biji tomato –belah 4

3 sudu besar kerisik

50 gm bawang goreng

50 gm kacang tanah goreng

50 gm badam goreng

10 gm kismis, gula nisan dan garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Gaulkan daging dengan rempah kuzi dan sos tomato perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, puri tomato dan daging yang diperap sampai wangi.
  3. Masukkan susu cair, kerisik, tomato, bawang goreng, kacang tanah, badam dan kismis.
  4. Kacau rata dan biarkan sampai kuah jadi pekat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan