IKAN TERMAHAL?

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

IKAN TIGER EMAS 

Ikan ini pernah ditangkap di provinci Guandong, selatan China dan pernah dicatatkan ikan yang paling mahal pernah dijual di dunia. Ikan seberat 200 kilogram itu dibeli oleh sebuah restoran dengan harga RM210 ribu selepas ditawar harga. Ini jenis ini mahal kerana warna pada badannya dan juga ia agak sukar untuk ditangkap kerana ikan ini dipercayai terlalu ganas. Ikan jenis ini banyak hidup di Asia Tenggara, dan kebanyakannya dari baka Datnioidedae. Di kebanyakan restoran ikan ini dijual pada harga RM350 untuk satu kilogram.

 

TUNA SIRIP BIRU

Di sebuah pasar ikan terbesar di Jepun, ikan jenis ini pernah dilelong pada harga RM531 ribu seekor. Ikan jenis ini sesuai untuk dijadikan sushi. Ikan jenis ini boleh mencapai berat sehingga 190 kilogram seekor. Ia berasal dari Australia dan lautan selatan hemispera.

 

IKAN OAR

Ikan ini dikatakan ikan paling panjang di dunia. Catatan pernah dicatat ialah 36 kaki dan sesuai hidup dalam negara bersuhu Tropika. Ikan jenis ini memakan ikan-ikan kecil, udang dan hidupan laut lain. Ikan Oar tidak mempunyai gigi dan ia juga dikenali sebagai ikan reben.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan