BAHAN :
800 isi ikan tenggiri
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
1 biji putih telur – pukul ringan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk pati ayam
Minyak
CARA :
- Campurkan serbuk kunyit, tepung gandum dengan tepung jagung dan gaul sebati.
- Gaul isi ikan dengan bawang putih dan serbuk pati ayam.
- Celupkan isi ikan ke dalam putih telur dan kemudian lumurkan dengan campuran tepung gandum & tepung jagung.
- Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam.
- Goreng hingga kuning keemasan.