BAHAN-BAHAN

2 keping ikan tenggiri

½ cawan cili kering kisar

5 ulas bawang merah – tumbuk

3 ulas bawang putih  – tumbuk

2 cm  halia – tumbuk

4 keping asam gelugur

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

1 helai daun kunyit

100 gm suhun – rendam

2 mangkuk air

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Masukkan kesemua bahan termasuk ikan ke dalam periuk dan tambahkan air untuk kuahnya.
  2. Masak hingga kuah mendidih. Bila kuah dah mendidih baru masukkan suhun, dan rasa masukkan gula dan garam.