IKAN KEMBUNG PERCIK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung

1keping asam gelugur

50 gm gula Melaka – racik halus

Garam dan gula pasir – secukup rasa

1 sudu besar tepung beras

 

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 batang serai

3 hiris lengkuas

6 tangkai cili kering

250 ml santan pekat

1 sudu kecil serbuk kunyit

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. Perap selama 30 minit.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung beras yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pekat.
  4. Lapik dulang pembakar dengan daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya. Bakar hingga keperang-perangan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan