BAHAN

450 gm puri mangga

120 gm gula

150 ml krim segar

150 ml air sejuk

10 gm serbuk gelatin

150 gm aiskrim vanila

Sedikit esen vanila

1 batang  vanila pod – hiasan

 

CARA

  1. Larutkan serbuk gelatin di dalam air sejuk lebih kurang 10 ke 15 minit. Ketepikan.
  2. Satukan pati mangga dan gula ke dalam periuk, masak sehingga gula cair.
  3. Kemudian, masukkan gelatin dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan aiskrim vanila,krim segar dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sehingga didih.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama1 jam, sebelum dihidangkan. Hiaskan mengikut kreativiti anda.