Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
Domino’s Pizza Malaysia Buka Cawangan Ke-200

Domino’s Pizza Malaysia Buka Cawangan Ke-200

Saji Online

Domino’sPizza, pakar penghantaran piza yang terkenal di dunia, menunjukkan kejayaan terbaru di Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan ke-200. Pembukaan cawangan yang terletak di Galleria, Cyberjaya ini juga menjadikan kejayaan berganda kerana ia juga merupakan cawangan ke-14,000 Domino’sPizza di seluruh dunia dan cawangan ke-3,500 Domino’sPizza di Asia Pasifik.

Cawangan baru ini telah dirasmikan oleh PatrickDoyle, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Domino’sPizzaInc dan Dato’ George Ting, Pengerusi Eksekutif, Domino’sPizza Malaysia & Singapura. Hadir sama RitchAllison, Presiden Domino’sInternational, VictoriaPetrella, Naib Presiden Pemasaran Domino’sInternational, StevePizziol, Naib Presiden Serantau Domino’sPizza Asia Pasifik dan juga Ba U Shan-Ting, Presiden Domino’sPizza Malaysia & Singapura bersama pasukan pengurusan dan kakitangan Domino’sPizzaInternational dan Domino’sPizza Malaysia.

Cawangan baru di Cyberjaya, yang dikenali sebagai Hab Teknologi Global Malaysia, mencerminkan pendekatan Domino’s yang berpacukan teknologi dalam langkahnya ke fasa pertumbuhan seterusnya di negara ini. Akan datang, Domino’s dijangka melancarkan beberapa perkhidmatan berasaskan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

OLEH : NOR EZANAWATY SALIM

Previous
Next