Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
BERBUKA DI RESTORAN RALLEGRA PUTRAJAYA – ADA JOYRIDE PERCUMA

BERBUKA DI RESTORAN RALLEGRA PUTRAJAYA – ADA JOYRIDE PERCUMA

Saji Online

Restoran Rallegra yang terletak di Taman Ekuestrian Putrajaya menampilkan lebih daripada 130 jenis juadah berbuka pada harga serendah RM44.00 bagi kanak-kanak dan RM88.00 bagi dewasa. Antara menu istimewa yang diketengahkan pada tahun ini adalah Sup Ekor Daun Limau, Kambing Panggang, Bubur Lambuk Berherba dan Daging Panggang Kuah Asam.

Selain itu, hidangan makanan pasar malam turut mencuri perhatian dengan masakan live cooking dan pelbagai aneka hidangan pencuci mulut yang menyelerakan seperti Tapai Pulut Daun Getah, Lepat Pisang Inti Kelapa dan macam-macam lagi.

Apa yang menarik, pengunjung turut ditawarkan Joy Ride secara percuma bagi kanak-kanak pada jam 6.00 petang hingga 7.00 petang bermula dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017.

Promosi menarik bermula 1 hingga 21 Mei, buffet Ramadan boleh didapati dengan harga RM68 dan potongan harga sebanyak 20% boleh dibeli di Ticket Online.

HIDANGAN WAJIB MAKAN

Previous
Next