BAHAN:
Kubis putih secukupnya
Lobak merah secukupnya
Epal hijau dan merah-potong dadu
100 gm mayonis / secukupnya
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Sedikit perahan air limau
CARA:
- Kubis dan lobak merah dibasuh bersih dan keringkan, setelah itu dihiris dan di cincang kecil-kecil.
- Masukkan epal, kubis dan lobak merah yang di cincang ke dalam bekas yang mempunyai penutup.
- Masukkan buah epal, kubis dan lobak merah yang telah di cincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
- Masukkan mayonis, susu tepung, gula pasir, garam dan air limau ke dalam mangkuk. Kacau sampai betul-betul sebati.
- Tuangkan ramuan yang sudah sebati itu ke dalam sayuran yang telah di cincang lalu dikacau sehingga sebati.
- Setelah itu, tutup bekas dan simpanlah dalam peti sejuk.