BAHAN:

Epal hijau  dipotong dadu

Biskut marie  di kisar halus

Hirisan coklat snickers

Krim keju

CARA:

  1. Cuci bersih dan potong dadu epal hijau.
  2. Kisar biskut marie sehingga halus.
  3. Paipkan krim keju di dalam gelas sederhana besar untuk lapisan pertama.
  4. Kemudian letakkan biskut marie yang telah dikisar. Tekan sedikit supaya padat.
  5. Susunkan buah epal. Kemudian paipkan lagi dengan krim keju,ulangi langkah di atas sehingga memenuhi gelas.
  6. Taburkan hirisan coklat snickers. Sedia dihidangkan.

 

KRIM KEJU

250 gm krim keju

120 gm susu pekat manis

50 ml krim putar

CARA:

Putar kesemuanya bahan tersebut hingga sebati.

 

RESIPI: NORZILA SAIM