BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega
2/3 cawan gula aising
1 biji telur (dipukul sedikit)
2 sudu kecil parutan kulit limau
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar potongan kulit limau – hiasan
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur dan parutan kulit limau pukul sehingga rata.
- Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan adunan di dalam beg pastri dan paipkan mengikut citarasa anda.
- Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.