HIDANGAN : 2 Orang
MASA MEMASAK : 15 minit
BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
2 sudu besar mentega
1 sudu besar cip butterscotch
1 sudu kecil esen vanila
CARA
- Satukan air, mentega, gula halus, cip butterscotch. Biarkan mendidih dan kacau sebati.
- Tutup api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan sebati dan likat. Biarkan seketika.
- Masukkan acuan tepung dalam piping bag dengan nozel berbentuk bintang.
- Panaskan minyak dengan api sederhana.Paipkan acuan tepung tadi terus dalam minyak dan gunting acuan mengikut saiz yang dikehendaki.
- Goreng dan terbalik-balikkan supaya keseluruhan churros masak. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan taburkan sedikit serbuk kayu manis. Hidang bersama sos coklat atau apa-apa mengikut cita rasa anda.