HIDANGAN :2 Orang
MASA MEMASAK : 15 minit
BAHAN
300 gm bebola daging segera
3 sudu besar sos spageti
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula perang
3 ulas bawang putih – tumbuk
Sedikit tepung jagung – campur dengan sedikit air
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit air
CARA
- Goreng bebola daging segera sehingga masak dan ketepikan.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos spageti, sos plum, sos cili, gula perang. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan sedikit air, tepung jagung dan garam secukup rasa.
- Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga kuah agak pekat.
- Apabila kuah pekat, tuang kuah di atas bebola daging yang telah digoreng tadi.