BAHAN-BAHAN

300 gm kacang buncis – hiris

200 gm hati ayam – hiris kasar

2 tangkai cili merah – hiris

3 ulas bawang merah – hiris

2 ulas bawang putih – hiris

1 inci halia – hiris

100 ml minyak masak

Garam & gula secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN

  1. Goreng hati ayam sehingga empuk.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan hirisan cili merah dan kacang buncis. Gaul dan kacau sebati. Masak sehingga kacang buncis empuk.