BROWNIS KARAMEL

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

6 sudu besar mentega tak bergaram

¾ cawan gula

¾ cawan tepung

¼ cawan cip coklat

Beberapa keping coklat karamel

 

BAHAN B

½ cawan serbuk koko

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk penaik

Secubit soda bikarbonat

½ sudu besar esen vanila

2 biji telur

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah selsius.
  2. Satukan bahan B dan pukul sebati.
  3. Masukkan pula cip coklat, dan biarkan dan jangan digaul.
  4. Dalam bekas lain, cairkan mentega (boleh menggunakan ketuhar gelombang ataupun tenggek di atas dapur) dan masukkan gula. Jangan biarkan gula hangus, setelah mentega cair, gula yang dikacau sebati cukup sekadar 30 saat sahaja.
  5. Tuangkan adunan ini ke dalam adunan yang berisi cip coklat tadi.
  6. Gaul sebati, dan sebahagian cip akan cair dan ada yang tidak. Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati lagi.
  7. Ambil loyang dan tuangkan sebahagian adunan dan di atasnya susunkan coklat karamel dan tuang lagi sebahagian adunan dan ratakan.
  8. Bakar selama 45 minit.
  9. Untuk hiasan, cairkan beberapa coklat karamel dengan kaedah `doubleboiler’ dan tuangkan di atas brownie.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan