BAHAN A
2 keping isi ikan tenggiri – tumbuk
1 sudu besar sos ikan
½ batang daun parseli – cincang halus
¼ sudu kecil serbuk lada hitam
BAHAN B
2 sudu besar tepung ubi
2 cawan minyak
BAHAN SALSA
1 biji tomato – potong dadu kecil
½ potong buah rockmelon – dadu kecil
½ potong buah mangga – dadu kecil
2 sudu besar sos sotong
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
CARA MENYEDIAKAN:
- Perap ikan dengan bahan A selama setengah jam, kemudian masukkan tepung ubi dan gaul sebati.
- Adunan dibulat-bulatkan dan digoreng sehingga kekuningan.
- Campurkan ke semua bahan salsa dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Hias bebola ikan bersama salsa.