BAHAN KISAR
200 gm isi ayam
2 biji tauhu
1 sudu kecil lada hitam
Garam
BAHAN A
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
BAHAN B
Minyak
1 labu bawang besar – cincang
3 biji tomato – kisar
1 cawan sos cili
Gula dan garam
½ biji timun – dadu buang biji
2 cawan air
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan semua bahan kisar dengan bahan A, gaul sebati. Ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bawang cincang sehingga layu.
- Masukkan sos dan tomato kisar, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
- Bulatkan bahan doh dan masukkan dalam sos. Biarkan sehingga masak dan kuahnya agak kering. Akhir sekali masukkan timun.