BAULU PELANGI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN
6 biji telur
2 biji kuning telur
250 gm gula
½ sudu kecil serbuk vanili
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil emulsifier
175 ml santan pekat
200 gm tepung gandum
Pes pandan, strawberi, lemon dan coklat

 

CARA MENYEDIAKAN
1. Ambil loyang 22 x22 x8 cm dan sapukan marjerin dan alas dengan kertas surih. Sebelum itu ditaburkan sedikit tepung.
2. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
3. Pukul telur, gula, emulsifier, vanili sehingga kembang.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Tuangkan santan dan adun lagi.
6. Bahagikan adunan kepada empat bekas dan tambahkan pes.
7. Tuang satu adunan dan kukus selama 10 minit dan ulangi sehingga empat lapis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan