BAHAN:

1/2 batang roti Perancis

2 biji telur -digoreng  dengan sedikit  bawang  Holland dan lada hitam

Kepingan nugget ayam –goreng dan dipotong nipis

Timun – hiris memanjang

Sedikit daun ketumbar

Daun bawang

Hirisan tomato

Daun basil

Mayonis

Sos cili

Sedikit serbuk lada hitam

CARA:

  1. Potong roti menjadi dua bahagian dan sapukan sedikit mentega jika suka.
  2. Kemudian susunkan semua sayur sayuran , nuget ayam dan telur dadar.
  3. Letakkan mayonis dan sos cili, taburkan sedikit serbuk lada hitam. Sedia dihidangkan.

 

RESIPI: NORZILA SAIM