BAHAN-BAHAN:    

10 ketul paha ayam

½ sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

 

BAHAN KISAR :      

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

8 tangkai cili merah

8 tangkai cili padi

1 biji tomato

1 sudu kecil oregano

1 sudu kecil paprika

1 sudu kecil gula melaka

1 sudu kecil garam

¼ cawan air

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam, biarkan 20 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, kacau hingga garing.
  3. Masukkan bahan perasa dan air, kacau selama 3 minit.
  4. Masukkan ayam tadi dan kacau selama 10 minit hingga setengah masak.
  5. Bakar pada suhu 220° C selama 30 minit.
  6. Sapukan lebihan bahan perapan untuk melembapkan ayam semasa membakar.