BAHAN-BAHAN
300 gm ayam
½ tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 sudu besar mentega
2 sudu besar Serbuk kari
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
5 biji cili api – potong kecil
Minyak
CARA MENYEDIAKAN
1.Perap ayam dengan serbuk kari selama setengah jam.
2. Selepas itu masukkan tepung gandung dan tepung jagung dalam perapan ayam tadi. Kacau rata hingga ayam bersalut tepung.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
4. Angkat. Bersihkan kuali dan masukkan mentega. Bila mentega dah cair masukkan bawang putih dan bawang merah serta daun kari dan cili api.
5. Bila dah naik bau,masukkan susu cair. Bila susu cair mendidih baru masukkan ayam. Kacau dan masak hingga pekat. Sedia untuk dihidangkan.