BAHAN-BAHAN
½ kg Ikan Pari
15 tangkai cili kering – kisar
10 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
Sedikit belacan – kisar
½ sudu kecil halba
Daun limau purut
Air Asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Tumis kesemua bahan yang telah siap dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan halba dan biarkan hingga garing.
- Kemudian masukkan ikan dan biarkan mereneh buat seketika.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan rasa garamnya, Kecilkan api dan bila dah masak sedia untuk dihidangkan.