ACAR IKAN TENGGIRI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

4 keping ikan tenggiri

1 batang timun

2 tangkai cili merah

2 labu bawang besar – belah empat

½ inci halia

1 kuntum bunga lawing

1 batang kulit kayu manis

3 sudu besar cuka makan

1 sudu kecil biji sawi

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

 

Bahan-bahan kisar

4 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

2 tangkai cili merah

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng ikan separuh masak.
  2. Ambil timun dan buang empulurnya. Manakala cili merah pula dibuang bijinya. Hiris timun dan cili merah secara memanjang.
  3. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, biji sawi, halia, bunga lawang serta bahan-bahan kisar tadi. Masak hingga garing.
  4. Tuangkan cuka makan, gula dan garam. Masukkan timun, cili merah, bawang besar dan ikan tenggiri.
  5. Rasakan gula dan garamnya supaya masakan ini ada rasa masam dan manis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan