ASAM PEDAS IKAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 ekor ikan saiz sederhana

 

BAHAN KISAR

12 tangkai cili kering

3 cm kunyit hidup

3 cm belacan

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cawan air

 

Bahan B

1 batang serai – ketuk

1 kuntum bunga kantan – belah dua

5 tangkai daun kesum

Garam dan gula secukup rasa

Kacang bendi

1 biji tomato – belah empat

1/2 cawan air asam

3 sudu besar minyak untuk menumis

 

Cara

  1. Tuang minyak ke dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau, sambil dikacau. Masukkan pula air asam jawa dan kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum dan bendi. Tambahkan sedikit lagi air mengikut kepekatan yang dikehendaki dan reneh sebentar.
  3. Masukkan pula ikan, garam dan gula di dalam kuah tersebut serta kecilkan sedikit api dapur. Biarkan ikan masak dan masukkan pula tomato.
  4. Suaikan rasanya dan bolehlah matikan api dapur dan hidangkan bersama lauk lain dan nasi panas.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan