AYAM GORENG PANDAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan A

500 gm isi ayam – bahagian dada

 

Bahan B – Perapan

3 ulas bawang putih – tumbuk

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu kecil gula

1 sudu besar tepung serbaguna

1 sudu besar kicap cair

 

Bahan C

Daun pandan secukupnya untuk membalut ayam

Minyak untuk menggoreng

 

Cara

  1. Bersihkan ayam, buang kulit dan potong kiub besar.
  2. Satukan bahan-bahan B dan perapkan bersama isi ayam selama 3 jam atau semalaman.
  3. Bila siap untuk digoreng, balut ayam dengan daun pandan dan sematkan dengan pencungkil gigi. Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila digoreng.
  4. Goreng ayam yang siap dibalut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Boleh juga dibakar ayam pandan ini di dalam ketuhar dengan suhu 200’C selama lebih kurang 25 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan