BAHAN:
4 cawan sagu
8 cawan air panas
1 biji kelapa – diambil santannya
1 cm halia – dipotong memanjang
2 ulas bawang merah – di mayang
1 helai daun pandan
2 sudu kecil halba
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
Air secukupnya untuk masak inti kacang
Daun pisang
CARA:
- Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk. Tambahkan sedikit gula merah dan gula putih.
- Kacau kacang sehingga kering dan matikan api serta biarkan sehingga sejuk. Bulat-bulatkan inti sebesar biji guli dan ketepikan sebentar.
- Rendamkan pula sagu bersama air panas yang mendidih dan tunggu sehingga sejuk.
- Kemudian kepalkan sagu tersebut dan masukkan inti kacang hijau di tengahnya.
- Letakkan dalam bekas kukusan yang di alas dengan alumunium foil atau daun pisang. Kukuskan sagu yang dibulatkan tadi sehingga masak kira-kira 15 hingga 20 minit.
- Untuk kuah pula, masakkan santan bersama halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.
- Masukkan sagu yang bulat-bulat tadi dan masakkan sebentar kira-kira 2 hingga 3 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidangkan.