BAHAN
250 gm tepung gandum
680 ml air
1 biji telur
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit pewarna kuning
BAHAN INTI
200 ml santan kotak
300 ml air
2 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
CARA
- Masukkan gandum, air, telur, soda bikarbonat dan serbuk penaik kedalam pengisar.
- Kisar sekejap supaya sebati. Masukkan pewarna kuning. Kacau sebati dan tapis.
- Sapu sedikit minyak pada kuali tidak melekat.
- Sendukkan adunan ke atas kuali. Biar bulat seperti telur dadar. Angkat. Ulang hingga adunan habis.
- UNTUK INTI : Campurkan kesemua adunan inti ke dalam periuk, masak dengan api perlahan. Apabila pekat, angkat.
- Sudukan ke atas kulit apom dan lipat dua.