BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula halus
2 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam
¾ cawan susu cair
½ cawan mentega
2 biji telur
½ cawan badam cincang
50 gm ceri merah
Sedikit perisa badam
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan gula, tepung gandum, serbuk penaik dan gaul rata.
- Dalam mangkuk lain, satukan susu cair, mentega, telur dan perisa badam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
- Kacau rata baru masukkan badam dan ceri merah.
- Tuang adunan di dalam acuan pembakar, bakar selama 65 minit pada suhu 170°C.