BAHAN:
Tortila wrap secukupnya
Daging ayam dihiris nipis
Bawang merah hiris
Kubis disagat halus
Daun salad dihiris
Hirisan tomato
Jagung dalam tin
Sos cili
Mayonis
CARA:
- Daging ayam dihiris nipis, campurkan lada hitam, sos tiram dan sedikit garam. Perap sekejap. Taburkan sedikit tepung gandum. Kemudian goreng angkat.
- Sediakan tortila susun daun salad, kubis, hirisan tomato, jagung dan sayuran lain jika suka.
- Letakkan ayam dan susunkan bawang besar. Tambahkan mayonis dan sos cili. Gulung kemas, potong dua dan sedia dihidangkan.
RESIPI: NORZILA SAIM