Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Hotel & Resort ,
  • Saji Singgah
  • PERCUTIAN LENGKAP DI HOTEL GRAND PARAGON

PERCUTIAN LENGKAP DI HOTEL GRAND PARAGON

Article

Terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru hotel bertaraf empat bintang, Hotel Grand Paragon berkonsepkan moden kontemporari ini menawarkan 358 bilik dan suite.  Hotel ini terletak di sebelah Lebuhraya Tebrau, jalan utama yang menghubungkan bandar dengan Singapura di selatan, Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pasir Gudang.

Hanya beberapa minit memandu ke tambak Johor dan 45 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan 30 minit ke Lapangan Terbang Sultan Ismail (SENAI) bersesuaian untuk semua jenis urusan perniagaan. Hotel ini hotel sesuai diinap pengunjung yang inginkan percutian santai mahupun urusan perniagaan.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Sebaik kaki melangkah ke bilik, mata pasti tertumpu kepada perabot dan hiasan dalamannya mempesonakan dan memukau mata memandang menjadikannya sesuai untuk beristirahat bersama keluarga atau rakan perniagaan. 

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

Setiap bilik yang berwarna coklat keemasan dengan tema moden kontemporari dilengkapi kemudahan moden seperti 32” dan 42” televisyen LED, siaran televisyen satelit dan filem dalaman, akses internet Wifi, pengering rambut dan bar mini.

Hotel Grand Paragon menawarkan bilik standart, deluxe dan eksekutif sama ada katil saiz king atau saiz queen . Bilik bersambung dan bilik-bilik tidak merokok disediakan atas permintaan. Untuk tahap tambahan keselesaan, pengunjung boleh memilih suite sama ada Junior Suite, Family Suite, Premier Suite ataupun Honeymoon Suite. Terdapat juga apartment satu bilik, dua bilik ataupun apartmen dua bilik bersama ruang tamu dan juga dapur.

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

Tetamu hotel juga pasti teruja menikmati hidangan di Cafe Para-Para yang boleh memuatkan hampir 200 orang tetamu dalam satu masa beroperasi 24 jam menawarkan pelbagai menu tradisional dan antarabangsa.

Selain itu, bagi penggemar masakan Jepun anda boleh ke Mezzanine Floor, Kishin-Tei Japanese Restaurant ada untuk anda menikmati hidangan lazat dan menyelerakan.

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

Pengunjung masih dapat bersukan sambil merehatkan badan, Hotel Grand Paragon menyediakan kolam renang sambil menjamu mata dengan panorama ibu kota. Tidak puas dengan itu, lawati gimnasium secara percuma menyediakan pelbagai peralatan serba guna bagi pengunjung yang mementingkan stamina dan kesihatan.

Read moreKek Cawan Kiwi Epal

Bagi yang gemar kan hiburan anda bolehlah ke Paragon Ginza Club yang menawarkan karaoke lounge dengan bilik privasi ataupun terbuka. Dibuka dari jam 7 malam hingga 3 pagi.

Grand Paragon Hotel, Johor Bahru hanya dalam jarak beberapa langkah untuk membeli-belah di kedai-kedai runcit seperti KSL Mall dan Plaza Pelangi Mall. Pastikan anda menikmati dalam suasana yang mewah dengan perkhidmatan yang mesra saat anda melangkah ke dalam Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.  Sila lawati www.grandparagonhotel.com.my untuk info lanjut.

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress