BAHAN-BAHAN
2 keping tauhu – potong kiub dan goreng
250 gm udang sederhana besar
1 labu bawang besar – potong bulat
1/4 cawan jus asam jawa
BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm belacan
1 sudu besar udang kering
5 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
BAHAN A
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
CARA :
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
- Masukkan sos tiram dan sos cili sambil di kacau. Masak hingga terbit minyak dengan menggunakan api sederhana.
- Tuang jus asam jawa kedalam kuali dan masukkan gula.
- Bila mendidih, masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata dan masukkan tauhu tadi dan tambah sedikit garam. Masak hingga sambal pekat.