BAHAN:
300 gm pasta bowtie – direbus
5ekor udang – buang kulit
3 ekor sotong – hiris
3 ulas bawang putih – cincang
3 biji bawang merah – cincang
Sedikit minyak
Secubit garam
BAHAN SOS:
1 biji tomato – kisar
1 ulas bawang putih – cincang
Sedikit tomato puri
Rempah pizza
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA :
- Masak semua bahan sos marinara sehingga mendidih.
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang, sotong dan serbuk lada hitam. Biar sehingga masak.
- Tambahkan sos marinara dan kacau rata.
- Masukkan pasta dan kacau selama 2 minit.Angkat dan hidangkan.