BAHAN A : (ADUNAN UNTUK LAKSAM)
3 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
5 cawan air
Garam secukup rasa
BAHAN B : KUAH LAKSAM
300 ml santan
1 kg ikan rebus
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
1 keping asam gelugur
BAHAN C : ULAMAN DIHIRIS HALUS
Timun
Kacang panjang
Salad
BAHAN TAMBAHAN:
Asam limau
Sambal belacan
CARA:
- Campurkan tepung beras dan sedikit tepung gandum. Masukkan air sehingga adunan kelihatan cair. Kemudian masukkan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.
- Langkah seterusnya, gunakan loyang atau tudung periuk berbentuk bulat untuk mengukus adunan tadi. Setiap keping laksam mestilah tidak terlalu tebal. Kukus di dalam kukusan sehingga masak dan gulung menjadi laksam. Ulang sehingga adunan habis dikukus.
- Untuk kuahnya, rebus ikan sehingga masak bersama dengan asam keping. Setelah itu, buang tulang ikan terlebih dahulu.
- Masukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama santan, bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam yang dikisar. Kacau rata sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan garam dan asam keping secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
- Langkah terakhir, hiris laksam dan tuangkan ke atasnya. Hidangkan bersama ulaman, sambal merah, belacan dan sedikit garam.