KEK LAPIS KEJU MASAM MANIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN :

250 gm keju krim

100 gm parutan keju parmesan

450 gm mentega berkualiti tinggi

100 gm gula halus

1 tin susu pekat manis

10 biji telur gred AA

30 gm ovallette

250 gram tepung Hong Kong

150 gm horlicks

Haw flakes secukupnya

Pewarna hijau pandan

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.

 

CARA :

  1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete.
  2. Setelah kelihatan sebati, masukkan krim keju serta parutan keju parmesan. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga kembang dan pekat.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
  5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan horlicks.
  6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada dua bahagian.
  7. Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna hijau pandan, dan satu adunan lagi tanpa warna.
  8. Ambil satu senduk adunan berwarna hijau pandan dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas dengan suhu 150’C selama 10 minit.
  9. Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu, atau tekan dengan penekan kek – lakukan begini pada setiap lapisan kek.
  10. Susun haw flake di atas permukaan lapisan kek.
  11. Ambil satu senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
  12. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
  13. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan