Tentu ramai peminat makanan arab kan? Apa kata anda bawa keluarga mencuba menu arab asli di Al Nafoura. Menikmati roti mulawwah panas-panas dicicah bersama hummus pasti menyelerakan. Selain itu, terdapat pelbagai menu lagi yang menanti peminat makanan arab di sini.
- Mula beroperasi sejak Januari 2015.
- Di buka dari 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Namun setiap isnin minggu ke dua setiap bulan restoran akan di tutup.
- Menyajikan resipi asli dari Arab. Tukang masak didatangkan khas dari Yemen untuk memberikan cita rasa sebenar dari Arab.
- Sajian yang segar dimasak setiap hari.
- Antara menu yang sering mendapat permintaan iaitu oqda, ful qabilah, maghout, saltah, fahsa, shakshouka dan mugagal.
- Selain itu, terdapat tiga jenis nasi mandy, kabsah dan haneeth. Menggunakan beras basmathi namun ketiga-tiga sajian ini berbeza rasa. Diberi pilihan sama ada ayam atau pun kambing.
- Menu yang istimewa di sini iaitu madghout, hanya di sediakan selepas menerima tempahan dari pelanggan. Ini kerana ia memerlukan masa selama 20 minit untuk disediakan. Kambing RM44 (1/2 kg) dan RM79 (1 kg). Ayam RM 39 (1/2 ekor) dan RM68 (1 ekor)
- Menyediakan lebih 30 sajian yang pastinya mengujakan selera anda, bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.
- Manisan melengkapkan hidangan seperti areeka, kunafe, cream caramel dan brownies menjadi pilihan.






Alnafoura Kuala Lumpur
9G, Plaza Wangsa Maju (Hedgeford Galleria)
Jalan Maju Ria 2, Wangsa Maju , Seksyen 10
IG: alnafourakl