Bahan A
500 gm udang – Saiz sederhana
Bahan B – Tumbuk
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi – jika suka pedas
Bahan C
1 sudu besar pes asam jawa pekat
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam atau secukup rasa
4 sudu besar minyak
Cara memasak
- Bersihkan udang, buang kulitnya tetapi tinggalkan bahagian ekor.
- Tumbuk bawang besar, cili merah dan cili padi.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan udang tetapi jangan di kacau. Cuma alih-alihkan bila udang tersebut bertukar warna.
- Masak lagi tetapi jangan terlalu lama. Angkat dan ketepikan seketika.
- Dengan kuali bekas minyak tadi, tumis bahan yang di tumbuk menggunakan api sederhana hingga wangi. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula. Masak hingga hampir kering.
- Masukkan udang (udang akan keluarkan air jadi sambal tadi tidak akan kering), kacau selama kira-kira 10 saat sehingga sambal tadi bersalut dan melekat di udang tersebut. Gunakan api yang kuat.
- Seterusnya matikan api dan bolehlah hidangkan.