Bahan A
200 gram isi ayam
Bahan B
1/2 inci halia – diracik halus
3 ulas bawang besar – diracik halus
1 batang serai –di ketuk
Bahan C
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung – bancuhkan dengan sedikit air
Bahan D
5 helai daun limau purut – disiat
7 tangkai cili padi – diketuk
Kubis bunga
3 tangkai kacang panjang – di potong sepanjang 1 inci
1/2 batang lobak merah – di potong seperti mancis
Cara memasak:
- Rebus isi ayam di dalam kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok. Jangan terlalu lama merebus. Seterusnya angkat, toskan isi ayam tersebut dan di potong kecil.
- Tumis halia, bawang besar, serai sehingga garing dan berbau harum.
- Masukkan pula cili kisar, kacau hingga wangi. Selepas itu masukkan kicap, sos cili, sos tiram, garam dan gula.
- Masukkan pula isi ayam yang telah dipotong dan air rebusan tadi kedalam bahan tumisan.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau dan biarkan selama 2 minit.
- Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang dan lobak merah. Kacau sehingga masak dan rasanya sebati.