Suka makan sambal? Naahh..! ada 10 resipi sambal yang boleh anda cuba. Tidak dinafikan, hidangan sambal bagaikan suatu kemestian, setiap kali kita menjamah nasi. Dalam tak sedar bertambah makan ye tak..? Penyediaan sambal taklah sesusah mana. Sambal boleh dipelbagaikan. Ikutlah kreativiti dan cita rasa masing-masing.
BAHAN
2 ikat daun selom – racik halus
2 tangkai cili merah – tumbuk
4 ulas bawang merah – mayang halus
Sedikit ikan bilis – tumbuk
10 tangkai cili padi – tumbuk
½ biji kelapa parut – sangai
3 cm kunyit hidup – tumbuk
Sedikit belacan
2 sudu besar minyak
Garam
CARA
Tumis cili merah, bawang merah, cili padi, kunyit, ikan bilis dan belacan.
Masukkan kelapa sangai, diikuti daun selom.
Tumis seketika sehingga daun selom sedikit layu.
Sebatikan rasa garam dan gaul rata.
SAMBAL KELAPA
BAHAN
½ biji kelapa parut – putih
3 sudu besar udang kering
3 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi
Sedikit ikan bilis
1 ½ sudu besar asam jawa – bancuh pekat dengan sedikit air
Garam
CARA
Satukan udang kering, cili hijau, cili padi dan ikan bilis.
Masukkan asam jawa, garam dan kelapa. Gaulkan sebati.
SAMBAL TEMPOYAK MENTAH
BAHAN
10 tangkai cili padi
5 tangkai cili merah
1 mangkuk kecil tempoyak
1 sudu besar gula
4 ulas bawang merah
Garam dan gula
CARA
Tumbuk cili padi, cili merah dan bawang merah.
Setelah lumat, masukkan gula, garam dan tempoyak. Gaul hingga sebati.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
BAHAN
1 mangkuk ikan bilis
5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
½ labu bawang besar
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
½ labu bawang besar – potong 8
1 helai daun kunyit
1 senduk tempoyak
Garam dan gula
CARA
Tumbuk cili padi, cili merah, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
Kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga kering.
Selepas itu, barulah masukkan bawang besar, ikan bilis, daun kunyit, tempoyak, gula dan garam secukup rasa.
Masak hingga kering dan angkat.
SAMBAL NANAS
BAHAN
300 gm nanas – racik halus
½ cawan cili padi
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar belacan
½ labu bawang besar
½ cawan asam jawa
Sedikit air masak
CARA
Tumbuk cili padi, belacan dan bawang besar.
Kemudian masukkan belacan, tumbuk hingga hancur.
Akhir sekali masukkan gula dan garam diikuti air asam jawa.
Setelah sebati, masukkan nanas yang telah diracik halus. Gaul rata.
SAMBAL KICAP
BAHAN
20 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah – mayang halus
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil gula merah
1 cawan kicap manis
2 sudu air limau kasturi
CARA
Tumbuk cili padi dan bawang putih.
Kemudian masukkan kicap manis, gula pasir, gula merah dan bawang merah.
Setelah sebati, barulah masukkan air limau kasturi.
SAMBAL BELIMBING
BAHAN
8 biji belimbing buluh – belah dua
1 labu bawang besar
1 sudu besar belacan
15 tangkai cili padi
3 sudu air asam jawa
Gula dan garam
CARA
Tumbuk cili padi dan bawang besar, sehingga lumat.
Setelah hancur, masukkan belacan, tumbuk lagi hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, belimbing, garam dan gula ikut rasa. Sebatikan rasa.
SAMBAL BERLADA
BAHAN
20 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
½ biji tomato
Gula dan garam
Minyak untuk menumis
½ cawan asam jawa
CARA
Tumbuk cili padi dan cili merah. Bila dah hancur baru tumbukkan tomato. Tumis sehingga garing.
Akhir sekali, baru masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Sebatikan rasa.
SAMBAL MANGGA
BAHAN
½ biji mangga muda – racik
½ cawan cili padi
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
½ labu bawang besar
½ cawan asam jawa
Sedikit air masak
CARA
Tumbuk cili padi hingga hancur, lepas itu masukkan bawang besar dan belacan.
Apabila sudah lumat, masukkan tomato, belacan, gula dan garam.
Tumbuk hancur, barulah letakkan air asam jawa dan mangga muda. Gaul sebati.
SAMBAL KUININ
BAHAN
½ biji buah kuinin masak – cincang halus
½ cawan cili padi
1 sudu besar belacan
½ labu bawang besar
½ cawan asam jawa
Sedikit air masak
Gula dan garam
CARA
Tumbuk cili padi, bawang besar. Kemudian masukkan belacan dan kuinin.
Setelah lumat, bancuh air asam jawa dan masukkan dalam sambal kuinin bersama gula dan garam. Sebatikan rasa.