KUIH CARA BERINTI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Adunan Kuih Cara:

250 gm tepung gandum

1 sudu besar tepung ubi kentang

2 biji telur

250 ml santan pekat

350 ml air

1 sudu kecil garam

Pewarna kuning telur – secukupnya

 

Bahan Hiasan :

Bawang goreng, daun sup , daun bawang dan cili merah.

 

INTI SARDIN:

1 tin kecil ikan sardin

2labu bawang besar – potong kiub

3 tangkai cili kering – kisar

2 ulas bawang putih– kisar

Garam secukup rasa

2 sudu besar minyak – untuk menumis

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan semua bahan, bancuh hingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
  2. Panaskan acuan, masukkan sedikit minyak dan tuangkan adunan kuih cara.
  3. Letakkan inti sardin ditengahnya dan tabur bahan hiasan. Tutup dengan penutup periuk.
  4. Masak hingga adunan kelihatan garing sedikit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
  5. Panaskan minyak, tumis cili kering sehingga naik minyak, masukkan semua bahan kisar dan tumis hingga wangi.
  6. Masukkan bawang besar dan ikan sardin, masak sehingga agak kering.
  7. Masukkan sedikit garam secukupnya. Angkat dan sedia untuk digunakan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan